BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 21, 2010

Tentang Hati....

Hati merupakan bahagian manusia yang termulia di antara yang lain. Kerana kemampuan untuk mengenali Allah hanya mampu dicapai oleh segumpal daging di dalam jasad manusia bernama hati (Qalb). Suatu kekuatan yang tidak mampu dicapai oleh aqal semata-mata. Dengan aqal semata-mata, manusia tidak akan dapat menerima kewujudan sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh deria-deria kemanusiaan yang bertindakbalas dan ‘mengajar’nya secara terbatas, lemah sehingga tidak dapat menjangkau apa-apa yang jauh dari capaiannya yang kerdil. Hanya hati itu jugalah yang mampu bertindakbalas secara reaktif dan cergas terhadap ‘perkenalan’nya terhadap kuasa yang di luar batasan capaiannya itu. Ia bekerja ke arah itu, dan berusaha untuk lebih mendalami perasaan tersebut. Hati sahajalah yang mampu untuk mendekati dan mendalami hakikat besar ini, ia akan membongkar apa-apa lagi rahsia tersembunyi di sisiNya, supaya setiap degupannya akan menjadikan peribadi itu lebih dekat kepadaNya. Sedangkan kaki, tangan, mulut, jari-jemari, lutut, siku, sendi-sendi dan semua anggota hanyalah hamba kepada hati, dan berkhidmat kepadanya, seperti seorang raja lagaknya yang memperkhadamkan hamba-hamba abdinya untuk manfaat dirinya. Kerana itulah, mana-mana diri sedar yang benar-benar mengenali peranan dan kemampuan hatinya, ia akan benar-benar mengenal Tuhannya. Akan tetapi alangkah pedihnya kerana kebanyakan manusia sebenarnya jahil akan hatinya dan jiwanya, lalu bagaimana pula mengenal Tuhannya. Sedangkan satu hakikat juga bahawa sebenarnya Allahlah yang membatasi seseorang hamba dari hati dan jiwanya sendiri, dan dengan keupayaannya yang Maha Agung dan Maha Halus, Dia mampu menghalang sesiapa pun dari mengenali dan mendekatiNya. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah sesiapa pun dari hamba-hambaNya selagi mana dia tidak merubah dirinya sendiri. Dan alangkah hebatnya Allah yang Maha Agung, segala-galanya berada di hujung ‘jari’nya, dia menentukan apa sahaja yang dikehendaki dengan tersangat mudah dan enteng. Oleh kerana itulah, mempelajari hati dan sifat-sifatnya merupakan sebahagian daripada asas dalam agama, mendalaminya serta tabiat-tabiatnya merupakan asas permulaan perjalanan orang-orang berakhlaq terhadap diri dan Tuhannya. Hakikat hati itu, asas fitrahnya sangat terbuka untuk menerima petunjuk yang benar. Ia condong menghindari apa-apa syahwat dan hawa nafsu yang diletakkan ke dalamnya. Pertembungan di antara tentera-tentera malaikat dan tentera-tentera syaitan sentiasa berterusan tiada henti, semata-mata demi menguasai segumpal daging bernama hati. Terbukanya hati ini kepada mana-mana dari dua ini, yang menyebabkan sehingga ia bertapak, seterusnya bermastautin di dalamnya, dan lawannya tidak akan dapat melintasi ke dalam hati ini melainkan secara curi-curi. ((Dari kejahatan was-was yang ditiupkan al-Khannas)) [Surah An-Nas : 4] Kerana itulah, apabila ia sedang mengingati Allah, Khannas akan membuatkan ia was-was dan ragu-ragu. Apabila ia sedang lalai pula, terdetik lintasan-lintasan petunjuk. Beruntunglah sesiapa yang mengikuti lintasan-lintasan petunjuk dari Allah itu, dan pasti akan merasai rugi jika ia membiarkan lintasan-lintasan itu pergi begitu sahaja. Sebaliknya teramatlah malang mereka yang tertipu dengan tiupan-tiupan Khannas ke dalam hati mereka, yang ditiupkan untuk menghias-hiasi kelalaian hati mereka. Tidak ada perisai terbaik untuk hati ini buat menepis serangan tentera-tentera syaitan termasuklah al-Khannas itu tadi melainkan dengan mengingati Allah. Kerana seluruh kesyaitanan dan konco-konconya tiada kekuatan ketika hadirnya zikrulLah menerangi hati.

Tuesday, April 13, 2010

salam alaik sahabat....

Alhamdulillah....
Setelah sekian lama blog ni wujud ,ini kali pertama ana terasa ingin membuat coretan di blog ana. Entah kekuatan apa yang datang secara tiba-tiba malam ni yang membuatkan jari-jemari ana laju je membuat coretan ni. Kalo sahabat-sahabat sume perasan, ana banyak post article2 daripada blog orang lain ataupun daripada iLuvislam.com. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang pernah ziarah page ana ni, bukan ana tak nak post coretan-coretan ana sendiri , tapi tu lah, belum sampai seru agaknya..hehe. Sebenarnya , ana create blog ni pun sebab terpanggil dengan kata-kata seorang sahabat ana yang ana dah anggap seperti saudara kandung ana sendiri . Katanya, ada banyak cara kalo kita nak berdakwah . Pokok pangkalnya nak atau tak nak je . Sambil kita mengingatkan orang lain , kita juga mengingatkan diri sendiri . Dan dia juga x jemu-jemu send sms tazkirah untuk ana . Pernah juga ana menyatakan rasa kasihan padanya kerana terpaksa send msg2 tazkirah tu dalam keadaan dia yang sangat busy dengan bermacam-macam program . Tapi , dia membalas dengan hujah2 yang membuatkan ana akur.Katanya, dalam berdakwah , kena ada pengorbanan . Huhu....ana tahu sahabat ana yang teristimewa ni menikuti perkembangan blog ni . Kepada sahabatku ini , terima kasih yang tidak terhingga atas segala-galanya . Ini lah yang dinamakan bersahabat kerana Allah taala. Moga dapat menegur salah silap ana dalam ruangan dakwah ni . Insyallah ana akan menerima segala teguran dengan hati yang terbuka. Ana sangat berharap dapat berjumpa sahabat-sahabat yang dapat membantu ana memperbaiki diri . Insyallah...ana rasa setakat ni je coretan ana untuk kali ni . Wasalam....=)

Thursday, April 1, 2010

Surat Adam untuk Hawa

www.iLuvislam.com
nias
editor : everjihad

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……

SURAT ADAM UNTUK HAWA

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!


Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!

Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....


Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............


“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN
DAN
SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”